Isnin, 15 September 2014

MAKEOVER SECOND ROOM

Assalamualaikum semua..post nie nak cerita pasal bilik tengah. master bedroom dah cun..so skrg giliran bilik tengah utk tetamu/keluarga mertua/keluarga sendiri nak tumpang solat ker or bermalam..bilik nie merangkap bilik anak lelaki sara n playroom die..biase lah umah teres 3 bilik..so kene pikir mcm maner nak mempergunakan bilik yang ada sebaiknye..

Sebelum nie bilik nie sgt suram..owner lama cat dengan kaler coklat..so bilik tengah nie bertambah gelap memandangkan hanya menumpang cahaya yang masuk dari tingkap atas..sara boleh kira berape kali jer masuk bilik nie..tu pun time nak kemas kalu keluarga mertua nak dtg umah..heheh

jom layan gambar bilik nie sebelum di makeover..





ni katil dan rak tv yang sara hantar kat kilang tempat sara kerja mintak tlg welders cantumkan balik kaki katil yang dah tercabut n tlg cat putih...


yeeepppiiii nie lah katil n rak tv pas di makeover


sara hanya kekalkan perabot yang ada takde beli baru pun..nie semua barang2 zaman bujang suami..ada sentimental value katanye..hehe..so sara just bagi makeup skit ini barang..
taraaaaaa...









ini plak antara yang sara pilih dari www.pinterest.com utk menjana idea mcm mane nak deco bilik tengah nih..hot-wheel dah settle, tinggal nak beli 1 lagi rak buku utk di tegakkan mcm gambar kat bawah nie..aritu survey kat tesco takde lagi harga promosi selalu rm15.90 je last week p tgk rm29.20 so tak payah beli lagi..tgu promosi yer.. 



ini antara cost yang terlibat yer..

Cat & hardware tools : RM188.00 (Sky Blue & White)
Upah cat: RM 150.00 (Staff company)
Repair katil n rak tv: RM30.00 (termasuk touchup ngan bedak putih)
Langsir lace: RM 64.50
Cadar: RM54.50 (Pororo)
Frame boat: RM29.90 (Kaison)
Frame gambar: RM29.70 (3@RM9.90)
Gambar anak: RM0.00 (Babah belanje)
Box (sky): RM 35.70 (3@RM11.90)
Decoration: RM33.70 (Termasuk alas kerusi rainbow, tabung bentuk camera, timba dot2)
Rak buku biru: RM15.90 (Beli lama dah nak tambah 1 lg jer)
Stiker: RM13.90 (Hot ballon)
Stiker: RM6.90 (Car - belum tampal)
Hotwheel garage: RM60.00
TOTAL RM 712.70 

ha murah je kan..under RM1,000. sape2 da cost mcm nie leh lah buat yer..gunakan ape yang ada..recycle jer..tak payah beli baru okay..ini pun dah nice yang penting anak n tetamu selesa...






5 ulasan:

MOMMYLIN berkata...

cantiknya tempat letak kereta tu...

Sah!!! Kudis Buta.

Fizah berkata...

gempaknyaaa hasil after!!!!

Unknown berkata...

nak tanya mana beli Hotwheel garage tu

sarah berkata...

saya tak beli..saya upah org buatkan sbb saya tak pandai bertukang..heheh

Unknown berkata...

HOTWHEEL GARAGE tu upah kat mn yer?...